Wednesday, 8 June 2011

Cerita Rakyat "Asal Usul Kampung Bota Kiri"

Ramai di kalangan generasi muda sekarang mungkin sudah lupa akan asal usul nama Kg Bota Kiri. Walaupun lagenda Bota ni tidaklah sehebat cerita Pak Kadok dengan sumpahan ikan tapah tetapi merupakan sebuah cerita yang sangat menarik.

Menurut cerita-cerita orang tua, kampung Bota Kiri mengambil nama seperti berikut:

Pada zaman dahulu mungkin sekitar, di kawasan ini tinggal seekor gergasi yang di namakan sebagai BOTE. Warna gergasi Bote ni seakan-akan warna tanah. Di katakan gergasi Bote ni tinggal di dalam tanah. Makan kegemaran gergasi Bote di katakan adalah daging haiwan. Gergasi Bote ni suka kelua di waktu senja. Gergasi Bote ni seakan tabiatnya suka mengacau kanak-kanak yang selalu bermain di waktu senja. Tu lah sebabnya kat sampai sekarang orang tua-tua tidak membenarkan kanak-kanak bermain di waktu kecil takut di kacau atau di sebunyikan oleh gergasi Bote ni. Pada menurut cerita jika berlaku kehilangan seseorang, masyarakat ketika itu sering mengatakan di tangkap atau di culik oleh gergasi Bote ini.

Berbalik kepada cerita, pada masa di hujung kampung itu tinggal seorang janda yang sangat kaya dan cantik. Hal ini menyebabkan si Gergasi Bote jatuh hati kepada janda tersebut. Maka untuk mencapai impian tersebut gergasi Bote asyik mengangu janda tersebut.

Hinggalah pada suatu hari, Gergasi Bote ni berjaya menculik janda kaya tersebut.Maka hal ini telah di ketahui oleh seluruh penduduk kampung. Maka datanglah seorang permuda datang memberi pertolongan kepada penduduk kampung bagi membebaskan janda kaya tersebut daripada cengkaman gergasi Bote tersebut.

Hal ini di ketahui oleh gergasi bote dan menimbul kemarahannya. Sehingga pemuda itu datang ke tempat tinggal gergasi Bote bagi menyelamatkan janda kaya tersebut. Maka satu pertarungan yang amat dasyat berlaku antara gergasi Bote dan pemuda itu, menurut cerita orang tua-tua pertarungan tersebut selama tiga hari.

Pada hari yang terakhir pemuda itu berjaya juga mengalahkan gergasi Bote itu. Gergasi Bote putus 3 bahagian iaitu kepala, badan dan ekor.

Sempena kejadian tersebut tempat kepala dan badan gergasi Bote ni di namakan sebagai Kampung Bote, (Kg Bota Kiri), ekornya di panggil (kampung Ekor Bota) menurut cerita orang tua-tua pada masa tersebut nama Bota Kanan belum wujud lagi Dan tempat janda kaya tinggal di kenali sehingga hari ini sebagai Kampung Seri Kaya.

Cerita ini hanyalah sebuah epik dan mitos sahaja mengenai asal usul nama kampung Bota Kiri. Segala cerita ini tidak ada kaitan antara yang hidup mahupun yang mati. Ia cuma satu cerita rakyat yang telah di perturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi sahaja. Sehingga kini masih belum dapat di bukti kesahihannnya. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment