Lepas Balik dari Seri Iskandar tadi semasa bersembang-sembang dengan warga kg Bota Kiri di kedai Abang Jamal saya mendapat satu maklumat yang sangat berharga dan bernilai tentang sejarah kampung Bota Kiri. Menurut satu sumber yang nyata. Terdapat empat orang tokoh utama yang terlibat di dalam pembukaan kampung Bota Kiri. Pertama Tok Goboh di katakan makam beliau, kalau dari jalan raya tegak ke sungai di belakang rumah Pak Lias Pait (Rumah Aki) walau bagaimana pun makam beliau telah di hakis oleh Sungai Perak. Kedua Tok Bota makam beliau berada di tebing sungai betul-betul belakang rumah Cg Zahid. Ketiga Tok Langam, di katakan makam beliau juga berada di tebing sungai Perak diantara rumah Cg Majid dan Rumah Makcik Yah Nan senang cakap kat kebun Arwah Pak Ali. Dan yang terakhir Tok Kuat, makam beliau tidak di ketahui lokasinya, tetapi di katakan menggali sebuah parit yang sekarang di kenali sebagai Alor Kuat.
Jika ada warga Kg Bota Kiri yang mengetahui sejarah atau apa-apa cerita yang berkaitan dengan kampung kita sila e-mailkan kepada saya( pbkbk_bota@yahoo.com). Berberapa ahli persatuan juga telah menunjukkan minat bagi mencungkil sejarah Kg Bota Kiri yang sebenar.
mari dgr radio online, terjah sini,sambil membaca isu2 semasa http://stylobrader.blogspot.com/
ReplyDelete