Salam Sejahtera buat semua;
Mungkin ramai generasi pada masa kini mengenali Pekan Bota Kiri (Tambang) pada lokasi yang ada pada hari ini, iaitu bersebelahan dengan jalan raya yang menghubungkan antara Bota Kiri dan Teluk Sena. Tetapi sebenarnya pekan Bota Kiri mempunyai sejarah yang sangat panjang.
Adalah di fahamkan kepada teman pekan Bota Kiri telah wujud sebelum lagi zaman perang dunia kedua. Dan lokasinya terletak di pinggir sungai Perak. Pada masa itu Pekan Bota hanya terdiri daripada bangunan papan. Menurut sumber yang boleh di percayai panjang pekan bota ketika itu kira-kira100 meter (Dari pam pasir wan Ha Boden hingga lah kulunya ke rumah arwah Pak Mat Terobok) sehingga hari ini masih lagi terdapat kesan tinggalan pekan lama Bota Kiri. Terdapat sebuah jeti yang menghubungkan Kampung Bota Kiri dengan Kampung Bota Kanan. Itu sebabnya sehingga kini masih terdapat penduduk yang menggelarkan pekan Bota Kiri sebagai "Tambang"
Menurut sumber pada waktu tu terdapat pelbagai jenis perniagaan yang di jalankan di pekan lama Bota Kiri. Antaranya warung, kedai runcit, kedai gunting dan berbagai-bagai lagi. Kiranya pada waktu tersebut pekan lama Bota Kiri merupakan pusat ekonomi utama bagi penduduk pada waktu itu. Selain orang melayu terdapat juga orang cina menghuni pekan lama Bota Kiri. Namun selepas perang dunia kedua akibat kekacauan Bintang Tiga mereka berhijrah ke tempat lain.
Setelah merdeka pekan lama Bota Kiri masih lagi menjalankan fungsinya. Sehingga siapnya jalan raya yang menghubungkan antara Bota Kiri dan juga Teluk Sena. Pekan lama Bota Kiri semakin suram. Ini menyebabkan pemilik-pemilik kedai bersepakat memindahkan pekan ke tapak yang ada sekarang.
Namun begitu satu tragedi yang tidak di ingini berlaku, satu kebakaran telah memusnahkan deretan kedai kayu di Pekan Bota Kiri peristiwa ini berlaku sekitar awal 70 an. Yang selamat hanya dua buah kedai itu kedai Arwah Kak Tu dan Kedai makan Pat Mat Kira. Bagi mengantikan kedai kayu yang terbakar maka deratan kedai batu yang ada sehingga hari ini telah di bina.
Pekan Bota Kiri kian lama kian suram seiring dengan masa. Ramai penjunjung-pengunjung setia pekan Bota telah pun berpindah kedarat (Tanah wakaf). Yang tinggal hanya berberapa kerat generasi lama yang masih mengenang kegemilangan pekan lama Bota Kiri dahulu. Ramai penduduk kampung terutamanya generasi muda telah berpindah ke bandar. Ini menambahkan lagi ke suraman pekan Bota Kiri.
Sebagai warga Bota Kiri adalah tanggungjawab bersama bagi mengembalikan kegemilangan pekan Bota Kiri seperti dahulu. Di harapan pada masa hadapan pekan Bota Kiri juga akan menjadi antara pekan-pekan kecil di daerah Perak Tengah yang mampu memberikan pelbagai fungsi kepada warga sekitarnya. sekian.
No comments:
Post a Comment